Social Icons

Selasa, 17 Maret 2015

Penemuan Hebat Hutan Berusia 10,000 Tahun Ditemui Di Dasar Laut Utara Britain

Seorang penyelam telah berjaya menemui sebuah hutan prasejarah yang berusia kira-kira 10,000 tahun di dasae Laut Utara ketika menyelam di pesisir pantai Norfolk, Britain.
Penemuan yang sungguh menakjubkan dimana hutan itu yang telah begitu lama berada di dasar laut dan tidak terfikir akan wujudnya hutan tersebut.


Penyelam tersebut, Dawn Watson, 45, berkata, dia tidak menyangka keputusannya untuk menyelam lebih jauh di pesisir pantai itu berjaya membongkar kewujudan sebuah hutan zaman prasejarah yang belum pernah ditemui.

“Air di pesisir pantai pada waktu itu agak bergelombang, jadi saya memutuskan untuk berenang 300 meter ke tengah laut sebelum menjumpai batang pokok oak purba.

“Pengalaman ini sangat menakjubkan kerana saya telah melakukan aktiviti menyelam selama 16 tahun dan bukan setiap hari anda akan membuat penemuan bersejarah seperti ini. Keadaan ini seakan adegan dalam filem Hobbit atau Lord of the Rings," katanya.




Menurut pakar, hutan ini telah wujud sejak Zaman Ais tetapi telah tenggelam apabila paras air laut meningkat setinggi 120 meter apabila ketulan ais cair.

Kini, pokok-pokok itu membentuk terumbu karang semula jadi dan menjadi sebahagian daripada hidupan marin bersama ikan serta tumbuhan laut lain.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Kalau Mau Komentar Yang Baik Ya :)
Menggunakan Kata2 Kasar Akan Saya Hapus !!

 

Sample text

Sample Text

 

Welcome To Westlife Blog

Contoh Sliding Login Dengan JQuery

Disamping ini adalah contoh Sliding Login menggunakan JQuery. Login Form Disamping hanya Contoh dan tidak dapat digunakan layaknya Login Form FB, Karena Blog ini terbuka untuk umum tanpa perlu mendaftar menjadi Member

Tutorial Blog

Untuk membuatnya Silahkan : Klik Disini

Member Login

Lost your password?

Not a member yet? Sign Up!